MINGGU 10 FONETIK DAN FONOLOGI.

Slides:



Advertisements
Παρόμοιες παρουσιάσεις
Rata-Rata Hitung dari data Tersusun Hamba Allah.
Advertisements

Kuliah Masa Kini Influenza A(H1N1) (Selsema Khindzir): Wabak Peringkat Global (Versi 8, kuliah pertama pada April 26; Kuliah Dikemaskini Setiap Hari)
Hukum-hukum Ekuivalensi Logika Aljabar Logika.
KEKONGRUENAN SEGITIGA
Drainase DRAINASE BAWAH TANAH Subsurface Drainage.
LESSON ( LAPANGAN TERBANG ) Jurusan Teknik SIPIL
1.7 Bilangan Kompleks BILANGAN KOMPLEKS Definisi :
Normal Multivariat (lanjut) Analisis Multivariate Program S2 Matematika Semester Genap 2011/2012.
Mesti faham struktur pasaran yang penting:-
Φάκελος «Αντισύλληψη»
Tiga Pertanyaan Pengembang
Pertemuan #2 Transformasi Elemen Batang
Tiga Soalan Pembangunan
KONSEP DASAR MORFOFONEMIK
PESAWAT SEDERHANA PERTEMUAN 5 HARLINDA SYOFYAN, S.Si., M.Pd
SISTEM BILANGAN DAN PERTIDAKSAMAAN
KONSTRUKSI BAJA I NIRWANA PUSPASARI,MT..
KINEMATIKA Ilmu yang mempelajari tentang gerak suatu benda tanpa perlu mengetahui penyebabnya.
Planet dan benda-benda antariksa 행성과 공간 객체
Gerak 2 Dimensi 2 Dimensional Motion
Perhitungan Gaya-Gaya Batang Pertemuan 13
KORELASI.
Oleh : Devie Rosa Anamisa
MATA KULIAH KALKULUS I (4 sks) Dosen : Ir. RENILAILI, MT
RASIONAL DAN IRASIONAL
Sistem Koordinat Kutub
Rotasi Citra.
PESAWAT SEDERHANA PERTEMUAN 5 HARLINDA SYOFYAN, S.Si., M.Pd
Statistika Matematika 1
UKURAN NILAI PUSAT DATA BERKELOMPOK.
Contoh Soal dan Pembahasan: Estimasi parameter, Koefisien determinasi, interval konfidensi, dan uji hipotesis.
Pn. Samila Mat Zali Pn. Haziah Abdul Hamid
FACULTY OF TECHNOLOGY MANAGEMENT
RHS 513 PERUMAHAN & TEKNOLOGI
KAEDAH PENGIRAAN DAN PENYEDIAAN TAQWIM
KOMP AKTIF (Bahan Semi-konduktor) :-
Bab 9 dan 10: Pengujian Kesignifikanan/Hipotesis
HIPERPEKAAN.
RAG 121 SAINS PERSEKITARAN KULIAH 6
UNIT 2 KERJA.
KEBOLEHTELAPAN (PERMEABILITY).
PRINSIP ASAS PEARUH (INDUCTOR)
PRINSIP ASAS PEMUAT (CAPACITOR)
UNIT 8 DASAR FONOLOGI DAN FONEMIK.
Peneraju : Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Persidangan Antara bangsa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Malaysia 2018 KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID DALAM MENDEPANI.
Kawalan Laju Dengan Voltan Stator Boleh-Ubah
DIOD.
Statistik untuk Sains Sosial
Spektrum elektromagnet
KONFLIK DALAM ORGANISASI
KAEDAH ANALISIS LITAR.
STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL
MINGGU 10 Fonetik dan Fonologi.
SAMBUTAN TERTIB PERTAMA DAN KEDUA LITAR RL DAN RC
PENGUKURAN DAN PENILAIAN
BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik.
LITAR RINTANGAN.
Ketentuan Konsol Pendek
Y x z.
MINGGU 10 Fonetik dan Fonologi.
MINGGU 10 Fonetik dan Fonologi.
SISTEM TIGA FASA (Seimbang)
SAMBUTAN TERTIB PERTAMA DAN KEDUA LITAR RL DAN RC
STRUKTUR PASARAN: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MONOPOLI
BAB 5 TEORI PENGELUARAN.
Sistem kompleks: mencari ketimbulan dalam fizik, biologi, sosiologi dan ekonomi Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah Jabatan Fizik Universiti Malaya.
SAMBUTAN FREKUENSI LITAR AC
TOPIK-TOPIK SUDUT FASA PADUAN DUA GELOMBANG SEFASA
KAMI DARI KUMPULAN 4, INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BIMBINGAN KAMI IAITU USTAZ KHAIRUL ANUAR BIN HAJI RAMLAN YANG BANYAK MEMBERI TUNJUK.
Μεταγράφημα παρουσίασης:

MINGGU 10 FONETIK DAN FONOLOGI

> merumuskan maksud fonologi HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik

FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu ) TATARAN LINGUISTIK FONOLOGI FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu ) Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa FONETIK FONEMIK

FONETIK / FONEMIK Fonetik ialah ilmu yang mempelajari bunyi bahasa, yang dihasilkan oleh alat ujaran manusia, dengan tidak memperhatikan fungsi bunyi itu, sama ada pembeda makna atau tidak. Bunyi terkecil yang membedakan makna dinamakan fonem Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sIstem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mencipta sIstem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah, yang dikenali dengan nama fonematik

FONETIK / FONEMIK Ilmu bunyi telah dikenali di India, Yunani, Romawi dan Arab sejak lama dahulu. Ilmuan pertama yang menggunakan istilah fonetik ialah G Zoga ilmuan perancis semasa beliau mengkaji huruf hieroglyph yang digunakan oleh warga Mesir kuno di India, ilmu bunyi digunakan untuk mengkaji kita suci Veda dalam bahasa Sanskrit di Yunani, ilmu bunyi dianggap sebahagian tatabahasa yang erat hubungannya dengan turunan kata, etimologi kata, semantik, ujaran kata dan kalimat Ilmu Tajwid dan qiraat ialah antara ilmu yang pertama lahir setelah lahirnya Islam. Tujuan utamanya adalah utuk pemeliharaan al-Quran supaya terhindar daripada penyimpangan, sama ada dari segi sebutan atau maknanya

FONETIK Antara cabang fonetik ialah fonetik artikulator, fonetik akustik, fonetik motor dan fonetik auditori Fonetik artikulator: tumpuan terhadap bunyi bahasa yang melalui rongga (mulut, hidung, farinks) dan saluran udara dari paru-paru melalui kerongkong dan pita suara, terus ke mulut atau hidung. Saluran udara pada pita suara dinamakan glotis

FONETIK Fonetik akustik: tumpuan terhadap kesan pendengaran bunyi bahasa. Akustik merujuk sifat bunyi dari segi fizikal yang bergantung pada mekanisme laluan udara di rongga mulut dan rongga hidung, dan gelombang udara yang keluar daripada rongga berkenaan Fonetik motor: tumpuan terhadap pergerakan otot dalam menghasilkan bunyi bahasa Fonetik auditori: tumpuan pada persepsi pendengar apabila mendengar sesuatu bunyi, iaitu mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita

ORGAN ARTIKULASI

ALAT UJARAN Titik Artikulasi: alat yang tidak boleh Artikulator: alat yang boleh digerakkan Titik Artikulasi: alat yang tidak boleh digerakkan CARA BUNYI DIHASILKAN Udara daripada paru-paru dihembuskan keluar 2. Bahagian alat ujaran digerakkan 3. Pita suara digetarkan atau tidak digetarkan

BUNYI BAHASA KONSONAN VOKAL Arus udara melalui rongga mulut mengalami sekatan Arus udara melalui rongga mulut tanpa sekatan Kawasan artikulasi Cara Kedudukan lidah Bahagian lidah yang terlibat Keadaan bibir

BUNYI KONSONAN Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa yang melibatkan sentuhan seketika antara artikulator dengan titik artikulasi. Ketika sentuhan terjadi, udara dari paru-paru tersekat. Apabila sentuhan itu terlepas, udara akan meluncur semula melalui mulut atau hidung Bunyi oral akan terjadi apabila udara melalui rongga mulut, iaitu anak lidah dinaikkan untuk menutup laluan udara ke rongga hidung Bunyi sengau (nasal) akan terjadi apabila udara melalui rongga hidung, iaitu anak lidah diturunkan ke bawah menutup rongga mulut Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, udara dalam bahagian glotis akan menentukan sama ada bunyi tersebut bersuara atau tidak. Jika glotis bergetar, itu bunyi bersuara dan jika glotis tidak bergetar, itu bunyi tidak bersuara Semua bunyi konsonan (oral atau sengau) dapat dibahagikan berdasarkan sentuhan artikulator dan titik artikulasi

KONSONAN PLOSIF Bunyi ini dihasilkan apabila sentuhan udara antara artikulator dengan titik artikulasi terjadi dalam rongga mulut. Apabila sentuhan itu dilepaskan dengan cepat, udara meletup keluar Bilabial (dua bibir): Bunyi ini dihasilkan apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan - [ p, b ] [pisang], [bawang] Alveolar: Bunyi ini terhasil apabila hujung lidah menyentuh belakang gusi (alveolum) - [t, d] [tilam, daun] Velar: Bunyi ini terhasil apabila belakang lidah dinaikkan hingga menyentuh lelangit lembut (velum) - [k, g] [kesat, gugup] Uvular: Bunyi ini dihasilkan dengan menaikkan akar lidah bertemu dengan uvular (anak lidah). Bunyi yang dilambangkan [Q] ini sebenarnya bunyi qaf dalam bahasa Arab - [Q] [al-Quran] Glotal: Bunyi ini dihasilkan dengan menyempitkan saluran glotis sehingga mewujudkan getaran pada pita suara. [q] ialah hentian glotis yang sama dengan hamzah dalam bahasa Arab. Bunyi ini tiada dalam bahasa Melayu

KONSONAN NASAL Dalam BM, terdapat empat konsonan nasal, iaitu m, n, ny, ng (bersuara). Berasaskan tindakan artikulator dan titik artikulasi, konsonan nasal yang terlibat ialah bilabial, alveolar, palato-alveolar dan velar Bunyi nasal ini dikluarkan melalui hidung kerana udara disekat pada titik artikulasi. Konsonan alat-alveolar [ny] dihasilkan dengan mentyentuh lidah dengan lelalngit keras Bilabial: [m] – [makan], [lama], [kelam] Alveolar: [n] – [nasi], [manis], [kesan] Palato-alveolar: [ny] – [nyior], [nyanyi] Velar: [ng] – [nganga], [binatang]

KONSONAN FRIKATIF Bunyi ini dihasilkan apabila udara keluar melalui sisi lidah ketika terjadi sentuhan artikulator dengan titik artikulasi. Laluan udara itu disertai bunyi desisan atau geseran Dalam BM baku, terdapat dua bunyi frikatif asli, iaitu [s] dan [h]. Dengan adanya pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa Arab, bunyi frikatif BM telah bertambah Labio-dental: [f, v] – [fasal], [versi], [universiti] Alveolar: [s,z] – [sayang], [zakat] Palatal: [sy] – [syarat] Interdental: [θ] - tiada dalam BM Velar: [kh] – [khamis] Uvular: [gh] – [ghairah] Faringgal: [‘] – [Za’ba] dalam Jawi dilambangan huruf ain Glotis: [h] – [hari]

KONSONAN AFRIKAT Bunyi yang menggabungkan dua jenis artikulasi, iaitu artikulasi plosif dan artikulasi frikatif Berasaskan mekanisme udara, bunyi desisan dan letupan dikeluarkan serentak Tindakan artikulator dan titik artikulasi menunjukkan sentuhan daun lidah dengan lelangit keras dan hujung lidah dengan belakang gusi Palato-alveolar:[c,j] – [cari], [cacing], [jari], [penjara], [kolej]

KONSONAN LATERAL Bunyi ini dihasilkan dengan cara udara melalui kedua-dua bahagian sisi lidah tanpa sebarang bunyi desisan Bunyi yang kedengaran ialah bunyi seperti air yang mengalir Tindakan artikulator dan titik artikulasi ialah sentuhan hujung lidah dengan belakang gusi Dalam BM, hanya ada satu bunyi konsonan lateral bersuara, iaitu [l] Alveolar: [l] – [lari], [lalu], [halal], [lali], [lalang]…

KONSONAN GETARAN Bunyi ini terhasil apabila hujung lidah bertemu dengan belakang gusi digetarkan sehingga udara yang melalui sisi lidah turut bergetar Dalam BM, bunyi alveolar [r] ialah bunyi konsonan getaran bersuara yang jelas, seperti dalam kata [rantau], [marah]. Bunyi ini hadir pada posisi awal dan tengah perkataan Bunyi [r] yang hadir pada posisi akhir perkataan dinamakan konsonan tamparan. Bunyi ini dihasilkan dengan cara hujung lidah menyentuh belakang gusi seketika, dan dilepaskan tanpa getaran, seperti dalam kata [kamar], [cemar], [lamar], [ramal], [rakyat]…

SEPARUH VOKAL BM mempunyai dua bunyi separuh vokal, iaitu [w] dan [y]. Bunyi ini memiliki sifat separuh vokal dan separuh konsonan, dan kedua-duanya bersuara Vokal bilabial: [w] – [wajib], [kawan]. Untuk membunyikannya, belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tanpa sentuhan, dan bibir dibundarkan. Artikulasi ini sama dengan artikulasi untuk [u]. Namun, artikulasi ini tidak bertahan lama kerana lidah dengan cepat meluncur ke hadapan, dan bibir dibundarkan, kemudian dihamparkan Vokal palatal: [y] – [yakin], [payah]. Bunyi ini dihasilkan dengan permulaan artikulasi seperti artikulasi untuk vokal [i]. Artikulasi ini juga tidak bertahan lama kerana terjadi geluncuran apabila daun lidah dinaikkan dan menyentuh lelangit keras

BERSUARA / TIDAK BERSUARA Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak bersuara Contohnya ialah : [ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara [ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara

BUNYI VOKAL Bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sentuhan artikulator dan titik artikulasi, dan tidak melibatkan sekatan laluan udara Untuk menghasilkan bunyi vokal, saluran udara pada glotis disempitkan, sehingga udara daripada paru-paru terpaksa melonjak keluar, dan menyebabkan pita suara bergetar untuk mengeluarkan bunyi bersuara Berasaskan mekanisme pembunyian, semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara

VOKAL KEDUDUKAN LIDAH Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan lelangit VOKAL SEMPIT Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya. Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ i, u ] VOKAL SEPARUH SEMPIT Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ e, o ]

VOKAL SEPARUH LUAS Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ ε, د ] [ b ε k ε ŋ ] [ د r a ŋ ] VOKAL LUAS Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]

BAHAGIAN LIDAH KEADAAN BIBIR DEPAN TENGAH BELAKANG [ ә ] [ u ] sempit [ o ] separuh sempit [ د ] separuh luas [ b ] luas [ i ] sempit [ e ] separuh sempit [ ε ] separuh luas [ a ] luas KEADAAN BIBIR BUNDAR NEUTRAL HAMPAR

Depan Tengah Belakang i Sempit u e o Separuh sempit ә Separuh luas ε د Luas a ь CARTA VOKAL

DIFTONG Diftong ialah gabungan vokal dengan geluncuran Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan Jika geluncuran digambarkan sebagai w dan y, maka diftong BM ialah ay (ai), aw (au) dan oy (oi)

DIFTONG Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * aising, hairan, capai [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * aurat, saudara, kalau [ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * oidium, boikot, dodoi [ el ] -------- age [ eldz] [ әu ] -------- home [ hәum ] [ eә ] -------- hair [ heә ]

INTONASI Unsur dalam ucapan yang dapat membantu seseorang mengekspresikan perasaannya dengan naik turun suara Intonasi yang mempunyai fungsi kebahasaan dinamakan bahasa intonasi, dan intonasi yang tidak mempunyai fungsi kebahasaan dinamakan bahasa nonintonasi Intonasi terjadi apabila berpindahnya daripada suatu bunyi kepada bunyi yang lain, daripada suatu penggalan kepada penggalan yang lain, dengan naik turun atau samanya intonasi suara dibandingkan dengan suara sebelum atau sesudahnya

JENIS INTONASI Jenis intonasi dapat dicatatkan seperti yang berikut: > intonasi naik, yang digambarkan dengan ( ) > intonsdi turun, yang digambarkan dengan ( ) > intonasi naik turun, digambarkan dengan ( ) > intonasi turun naik, digambarkan dengan ( ) > intonasi biasa, yang digambarkan dengan ( )

FUNGSI INTONASI Fungsi semantik yang membedakan makna daripada suatu kata atau ayat. Suatu kata atau ayat yang diujarkan dengan intonasi yang berbeda akan membawa makna yang berbeda pula. Contohnya, kata astaghfirullah, jika diujarkan dengan intonasi menurun membawa maksud minta ampun daripada Allah. Jika diujarkan dengan intonasi naik, turun, naik maka bermakna mengomel Fungsi ketatabahasaan, yang membedakan bentuk ayat. Contohnya, Aminah isterinya. Apabila diujarkan dengan intonasi biasa, bermakna ayat penyata, tetapi jika diujarkan dengan intonasi naik sedikit pada kesenyapan terakhir, bermakna ayat tanya Fungsi ekspresi kejiwaan, menunjukkan sikap kejiwaan penutur. Contoh, oh, begitu rupanya. Jika diujarkan dengan intonasi biasa, bermakna perli atau tidak bersetuju. Jika diujarkan dengan intonasi naik sedikit, bermakna persetujuan

TRANSKRIPSI Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan satu sistem tanda graf Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics Association ( IPA ) Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk mewakili pertuturan sebenarnya Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik dan trankripsi ejaan Contoh : tulisan Saya belajar di UPM [ sayә bәlaja di yu pi εm ]

KESIMPULAN Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang tidak boleh digerak-gerakkan Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan artikulasi Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan

MADAH PUJANGGA KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI SWEDISH SUNSET (PEMANDANGAN INDAH LEMBAYUNG SENJA), ADA UNTUK KITA SEMUA. NAMUN, KEBANYAKAN KITA, MELIHATNYA DARI SISI YANG LAIN, SEHINGGA KEHILANGAN KEBAHAGIAAN ITU Wahai anakanda tambatan hati hiduplah engkau kasih mengasihi silang sengketa engkau jauhi supaya hidupmu diberkati Ilahi