Η παρουσίαση φορτώνεται. Παρακαλείστε να περιμένετε

Η παρουσίαση φορτώνεται. Παρακαλείστε να περιμένετε

BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik.

Παρόμοιες παρουσιάσεις


Παρουσίαση με θέμα: "BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik."— Μεταγράφημα παρουσίασης:

1 BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik

2 Diod Pemancar Cahaya (LED)
Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja. Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (-). Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada mentol.

3 Perintang Berfungsi mengawal jumlah arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar. Nilai disukat dalam unit OHM (Ω). Ada 2 jenis: Perintang tetap – jenis karbon dan dawai berlilit. Perintang boleh laras – meter upaya dan reostat. Nilai rintangan dicatat pada perintang atau menggunakan kod warna.

4 Suis Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam litar. Disambung secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar. Jenis suis: Suis Togel – untuk membuka dan memutuskan arus dalam litar elektronik. Suis tekan – digunakan pada hon kereta, loceng rumah. Suis tekan tutup Suis tekan buka

5 Kapasitor Komponen yang boleh menyimpan dan melepaskan cas elektrik.
Unit asas ialah FARAD (F) 2 jenis : Kapasitor berkutub Elektrolitik dan Tantalum. Kapasitor tidak berkutub Seramik dan Mika

6 Transistor Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan kuasa.
Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan. 2 jenis : NPN PNP Mempunyai 3 kaki: Pemancar (E) Pemungut (C) Tapak (B) Diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti silikon dan germanium.

7 Buzer Sebagai penggera yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran untuk kereta. Terdapat dua jenis: Buzer piezo – mengeluarkan nada bunyi yang nyaring, berkutub (+ve / -ve). Buzer elektromagnet – mengeluarkan nada bunyi yang rendah, tidak berkutub.

8 Komponen Aktif Dan Pasif
Bahan semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium. Dapat membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh : transistor dan diod. Komponen Pasif Dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. Sebagai peranti sokongan untuk membantu operasi komponen aktif. Contoh : perintang dan kapasitor.


Κατέβασμα ppt "BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik."

Παρόμοιες παρουσιάσεις


Διαφημίσεις Google