Η παρουσίαση φορτώνεται. Παρακαλείστε να περιμένετε

Η παρουσίαση φορτώνεται. Παρακαλείστε να περιμένετε

STRUKTUR PASARAN: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MONOPOLI

Παρόμοιες παρουσιάσεις


Παρουσίαση με θέμα: "STRUKTUR PASARAN: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MONOPOLI"— Μεταγράφημα παρουσίασης:

1 STRUKTUR PASARAN: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MONOPOLI
BAB 6 STRUKTUR PASARAN: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MONOPOLI

2 KANDUNGAN BAB 6.1 PENGENALAN 6.2 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA (PPS) CIRI-CIRI PPS KELUK PPS KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG

3 KANDUNGAN BAB 6.3 MONOPOLI CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI KELUK PERMINTAAN MONOPOLI FAKTOR KEWUJUDAN MONOPOLI PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG DISKRIMINASI HARGA

4 6.1 PENGENALAN Matlamat firma: Memaksimumkan keuntungan.
Firma: Sebuah unit yang membuat keputusan berkaitan peruntukan sumber untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Industri/pasaran: Satu kumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Tingkah laku firma bergantung kepada jenis pasaran; pasaran persaingan sempurna (PPS), monopoli, monopolistik dan oligopoli.

5 6.2 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

6 6.2.1 CIRI-CIRI PPS Ramai pembeli dan penjual
Produk bersifat homogeneous Firma bebas keluar masuk pasaran Pembeli mempunyai maklumat yang sempurna.

7 Ramai pembeli dan penjual:
Terdapat banyak firma/pengguna yang mengeluarkan/membeli produk yang sama jenis. Setiap firma/pengguna hanya mengeluarkan/membeli sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan jumlah output dalam pasaran. Maka, firma dan pengguna masing-masing tidak berupaya untuk mengubah harga barangan yang dihasilkan. Firma dan pengguna dianggap sebagai “penerima harga”.

8 Produk bersifat homogeneous:
Produk yang dihasilkan setiap firma bersifat homogeneous; barang bersifat pengganti sempurna. Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh setiap firma tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri, justeru tidak dapat membezakan dan mengetahui siapa sebenarnya pengeluar barangan tersebut.

9 Firma bebas masuk dan keluar pasaran:
Tiada halangan untuk firma baru memasuki PPS, dan tidak ada halangan bagi firma dalam PPS untuk keluar dari pasaran. Contoh: Jika firma yang terdapat dalam PPS memperoleh keuntungan, ini akan menarik minat firma baru untuk memasuki pasaran ini. Kebebasan untuk firma keluar/masuk pasaran menyebabkan firma dalam PPS hanya akan memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

10 Pembeli mempunyai maklumat yang sempurna:
Firma (sebagai pembeli faktor pengeluaran) mempunyai maklumat yang sempurna tentang pasaran. Pengguna (sebagai pembeli barang dan perkhidmatan) juga mempunyai maklumat yang sempurna tentang pasaran. Contoh: Maklumat tentang harga barangan.

11 6.2.2 KELUK PPS Firma dalam PPS tidak berupaya menentukan tingkat harga; maka firma akan menerima harga yang telah ditetapkan oleh pasaran, iaitu melalui interaksi antara permintaan dan penawaran dalam pasaran. PPS mempunyai keluk permintaan (harga) yang mendatar.

12 RAJAH 1: KELUK PERMINTAAN FIRMA DAN INDUSTRI DALAM PPS
Output Harga (RM) Harga (RM) Output D S D 4 4 100

13 6.2.3 KESEIMBANGAN PPS DALAM JANGKA PENDEK
Dalam jangka pendek, bilangan firma diandaikan tetap manakala dalam jangka panjang firma mempunyai masa yang cukup untuk masuk/keluar industri. Keseimbangan dicapai apabila kos sut (KS) menyamai hasil sut (HS), penentuan tingkat kuantiti yang akan dikeluarkan untuk memaksimumkan keuntungan. Syarat pemaksimuman keuntungan: (KS = HS)

14 JADUAL 1: PEMAKSIMUMAN KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK
HARGA (P) (RM) KUANTITI (Q) JUMLAH HASIL (JH=P x Q) HASIL SUT (MR) (JH/∆Q) JUMLAH KOS KOS SUT (MC) (∆JK/∆Q) UNTUNG (JH – JK) 5.00 1 - 15.00 -10.00 2 10.00 16.50 1.50 -6.50 3 17.50 1.00 -2.50 4 20.00 19.00 -1.00 5 25.00 21.50 2.50 3.50 6 30.00 24.50 3.00 5.50 7 35.00 29.50 8 40.00 36.00 6.50 4.00 9 45.00 43.00 7.00 2.00 Dalam PPS; (P = HS)

15 RAJAH 2: KESEIMBANGAN FIRMA JANGKA PENDEK
5.00 Price MC P =MR=MC Untung maksimum apabila MR = MC P=D=MR=AR q* =7 Jika MR > MC; ↑ output Jika MR < MC; ↓ output q*: MR = MC Output 36

16 KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN JANGKA PENDEK
Keuntungan (π) = Jumlah Hasil (JH) – Jumlah Kos (JK) Firma mendapat keuntungan apabila; Jumlah Hasil > Jumlah Kos; atau: Harga (P) > kos purata (AC). Firma mengalami kerugian apabila; JH < JK; atau: Harga (P) < kos purata (AC)

17 KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK
Harga/Kos MC Untung lebih normal MR=AR=P RM5 AC RM4.22 JH = (P x Q) = (5 x 7) = 35 JK = (AC x Q) = 4.22 x 7 = 29.5 π = (JH – JK) = = 5.5 π Per Unit: π/Q = 5.50/7 =0.78 Titik AC yang minimum Kuantiti 7 17

18 KERUGIAN JANGKA PENDEK
Harga/Kos MC Kerugian JH = (P x Q) = (5 x 4) = 20 JK = (AC x Q) = 6 x 4 = 24 π = (JH – JK) = = -4 π Per Unit: π/Q = -4/4 =-1 ATC RM6 MR=AR RM5 4 Kuantiti

19 6.2.4 KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG DAN UNTUNG NORMAL
Dalam jangka panjang, firma mempunyai masa yang cukup untuk membuat perubahan pada tingkat input dan output. Kebebasan keluar masuk industri menyebabkan firma hanya akan memperoleh untung normal dalam jangka panjang. Untung normal; jumlah hasil = jumlah kos. ( = JH – JK = 0)

20 Keuntungan Jangka Pendek → Untung Normal Jangka Panjang;
Apabila firma memperoleh keuntungan jangka pendek, iaitu apabila π>0; Mendorong firma baru memasuki pasaran, Penawaran output dalam pasaran bertambah (keluk penawaran beralih kekanan), Tingkat harga pasaran jatuh; sebagai penerima harga, firma akan mengalami kejatuhan harga. Harga jatuhsehingga menyamai kos purata yang minimum [P= AC]→[TR = TC]→untung normal.

21 KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK → UNTUNG NORMAL JANGKA PANJANG
Harga Harga S0 S1 MC AC P0 P1 P0 P1 MR0 MR1 D Untung Normal Q0 Q1 Kuantiti Kuantiti Q* Industri Firma 21

22 KerugianJangka Pendek → Untung Normal Jangka Panjang;
Apabila firma memperoleh kerugian jangka pendek, iaitu apabila π<0; Mendorong firma untuk keluar dari pasaran, Penawaran output dalam pasaran berkurang(keluk penawaran beralih kekiri), Tingkat harga pasaran naik; sebagai penerima harga, firma akan mengalami kenaikan harga. Harga naik sehingga menyamai kos purata yang minimum [P= AC]→[TR = TC]→untung normal.

23 KERUGIAN JANGKA PENDEK → UNTUNG NORMAL JANGKA PANJANG
Harga Harga S1 S0 MC ATC P1 P0 P1 P0 MR1 MR0 D Untung Normal Q1 Q0 Kuantiti Kuantiti Q* Industri Firma 23

24 6.3 PASARAN MONOPOLI

25 6.3.1 CIRI-CIRI PASARAN MONOPOLI
Penjual tunggal Hasil keluaran tidak mempunyai pengganti hampir Firma merupakan ‘penentu harga’. Tiada kebebasan keluar masuk pasaran.

26 6.3.2 KELUK PERMINTAAN MONOPOLI
Oleh kerana firma monopoli adalah pengeluar tunggal, maka keluk permintaan bagi industri juga merupakan keluk permintaan bagi firma. Firma berupaya mempengaruhi tingkat harga pasaran. Keluk permintaan bersifat cerun kebawah dari kiri ke kanan dan tidak anjal.

27 6.3.3 FAKTOR KEWUJUDAN MONOPOLI
Undang-undang dan peraturan Hak cipta Kawalan ke atas bahan mentah yang terhad Kelebihan teknologi Ekonomi skala

28 Undang-undang dan peraturan:
Penguatkuasaan undang-undang yang menghalang firma lain masuk ke dalam pasaran. Contoh: Undang-undang menghalang kontraktor bukan bumiputera memasuki Persatuan Perniaagaan Bumiputera. Hak cipta: Pemberian hak keluaran khas oleh kerajaan kepada firma yang mengeluarkan produk tertentu. Contoh: DBP di beri hak pengeluaran bahan penulisan dan buku. Kawalan ke atas bahan mentah yang terhad: Firma mempunyai kawalan secara lansung ke atas sumber bahan mentah yang terhad. Contoh: Petronas mempunyai kuasa monopoli dalam pengeluaran minyak di Malaysia.

29 Kelebihan teknologi: Ekonomi skala:
Kelebihan teknologi yang dimiliki sesebuah firm. Contoh: TNB, Telekom yang mempunyai kelebihan dalam konteks teknologi elektronik dan komunikasi yang kompleks. Ekonomi skala: Ekonomi yang beroperasi pasa skala besar membelanjakan kos purata (AC) yang relatifnya lebih rendah, seterusnya membolehkan firma mengeluarkan output yang lebih banyak dan menjual pada harga yang lebih kompetitif.

30 6.3.4 PENENTUAN HATGA DAN OUTPUT
Firma monopoli akan memaksimumkan tingkat keuntungan apabila menghasilkan keluaran pada hasil sut bersamaan kos sut (MR = MC). Jika MR > MC; firma akan mengeluarkan lebih banyak output. Jika MC > MR; firma akan mengurangkan pengeluaran output.

31 6.3.5 KESEIMBANGAN MONOPOLI DALAM JANGKA PENDEK
Keseimbangan monopoli jangka pendek boleh wujud dalam tiga keadaan; (i) Untung lebih normal; (JH > (P > AC), maka π > 0. (ii) Untung normal; (JH = (P = AC), maka π = 0. (iii) Untung kurang normal (rugi); (JH < (P < AC), maka π < 0.

32 Untung Lebih Normal Harga MC JH > JK P > AC π > 0 P AC UNTUNG
MR DD = AR QM Kuantiti

33 Untung Normal Harga MC AC JH = JK P = ATC π = 0 P = AC JK JH MR
DD = AR Kuantiti QM 33

34 Untung Kurang Normal (Rugi)
Harga MC AC AC RUGI JH < JK P < ATC π < 0 P JK JH MR DD = AR Kuantiti QM 34

35 6.3.6 KESEIMBANGAN MONOPOLI JANGKA PANJANG
Firma monopoli merupakan pengeluar tunggal tanpa kebebasan keluar masuk. Jika firma monopoli memperoleh untung dalam jangka pendek, maka ia akan meneruskan operasinya dalam jangka panjang dengan menggunakan saiz loji yang lebih besar supaya memperoleh untung yang lebih banyak. Jika firma monopoli mengalami kerugian jangka pendek, ia akan membuat penyesuaian ke atas saiz loji yang sekurang-kurangnya mendatangkan untung normal dalam jangka panjang. Jika tidak, ia perlu menutup operasinya.

36 DIKRIMINASI HARGA Diskriminasi harga berlaku apabila monopoli menetapkan tingkat harga yang berbeza kepada pelanggan yang berbeza. Diskriminasi harga hanya boleh dilakukan apabila firma mempunyai kuasa pasaran yang boleh meletakkan harga yang berbeza. Tujuan: Menambahkan keuntungan. Syarat untuk melakukan diskriminasi harga: (i) Mempunyai kuasa monopoli-boleh mengawal harga (ii) Dapat mengelakkan penjualan semula barangan (ii) Membezakan pengguna mengikut jenis keanjalan permintaan harga – anjal dan tidak anjal.

37 HARGA DAN OUTPUT DI BAWAH DISKRIMINASI HARGA
Pengguna Kumpulan X Pengguna Kumpulan Y Harga(P) Harga(P) 60 40 100 40 MC DX MR MR DY Kuantiti(Q) Kuantiti(Q)

38 Jumlah hasil dari pelaksanaan diskriminasi harga ialah:
Andaikan firma tidak melakukan diskriminasi harga dan mengenakan harga yang sama (RM60) kepada setiap pengguna (10 orang), maka jumlah hasil = (P x Q) = (60 x 10) =RM600. Jika firma melakukan diskriminasi mengikut kumpulan pengguna seperti jadual di bawah, maka: Kumpulan X Kumpulan Y Jumlah pengguna (Q)= 5 orang Tingkat harga yang dikenakan (P) = RM100/seorang. Jumlah hasil = (P x Q) = (5 x 100 = 500). Jumlah pengguna (Q)= 5 orang Tingkat harga yang dikenakan (P) = RM60/seorang. Jumlah hasil = (P x Q) = (5 x 60 = 300). Jumlah hasil dari pelaksanaan diskriminasi harga ialah: = (JHX + JHY )= ( ) = 800

39 TERIMA KASIH


Κατέβασμα ppt "STRUKTUR PASARAN: PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MONOPOLI"

Παρόμοιες παρουσιάσεις


Διαφημίσεις Google