BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik
Diod Pemancar Cahaya (LED) Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja. Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (-). Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada mentol.
Perintang Berfungsi mengawal jumlah arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar. Nilai disukat dalam unit OHM (Ω). Ada 2 jenis: Perintang tetap – jenis karbon dan dawai berlilit. Perintang boleh laras – meter upaya dan reostat. Nilai rintangan dicatat pada perintang atau menggunakan kod warna.
Suis Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam litar. Disambung secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar. Jenis suis: Suis Togel – untuk membuka dan memutuskan arus dalam litar elektronik. Suis tekan – digunakan pada hon kereta, loceng rumah. Suis tekan tutup Suis tekan buka
Kapasitor Komponen yang boleh menyimpan dan melepaskan cas elektrik. Unit asas ialah FARAD (F) 2 jenis : Kapasitor berkutub Elektrolitik dan Tantalum. Kapasitor tidak berkutub Seramik dan Mika
Transistor Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan kuasa. Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan. 2 jenis : NPN PNP Mempunyai 3 kaki: Pemancar (E) Pemungut (C) Tapak (B) Diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti silikon dan germanium.
Buzer Sebagai penggera yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran untuk kereta. Terdapat dua jenis: Buzer piezo – mengeluarkan nada bunyi yang nyaring, berkutub (+ve / -ve). Buzer elektromagnet – mengeluarkan nada bunyi yang rendah, tidak berkutub.
Komponen Aktif Dan Pasif Bahan semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium. Dapat membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh : transistor dan diod. Komponen Pasif Dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. Sebagai peranti sokongan untuk membantu operasi komponen aktif. Contoh : perintang dan kapasitor.