Κατέβασμα παρουσίασης
Η παρουσίαση φορτώνεται. Παρακαλείστε να περιμένετε
1
UNIT 8 DASAR FONOLOGI DAN FONEMIK
2
> merumuskan maksud fonologi
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik > menjelaskan fonem, alofon dan perubahan fonem > merincikan grafem
3
FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu )
TATARAN LINGUISTIK FONOLOGI FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu ) Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa FONETIK FONEMIK
4
FONETIK / FONEMIK Fonetik ialah ilmu yang mempelajari bunyi bahasa, yang dihasilkan oleh alat ujaran manusia, dengan tidak memperhatikan fungsi bunyi itu, sama ada pembeda makna atau tidak. Bunyi terkecil yang membedakan makna dinamakan fonem Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mencipta sIstem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah, yang dikenali dengan nama fonematik
5
FONETIK / FONEMIK Ilmu bunyi telah dikenali di India, Yunani, Romawi dan Arab sejak lama dahulu. Ilmuan pertama yang menggunakan istilah fonetik ialah G Zoga ilmuan Perancis semasa beliau mengkaji huruf hieroglyph yang digunakan oleh warga Mesir kuno di India, ilmu bunyi digunakan untuk mengkaji kita suci Veda dalam bahasa Sanskrit di Yunani, ilmu bunyi dianggap sebahagian tatabahasa yang erat hubungannya dengan turunan kata, etimologi kata, semantik, ujaran kata dan kalimat Ilmu Tajwid dan qiraat ialah antara ilmu yang pertama lahir setelah lahirnya Islam. Tujuan utamanya adalah utuk pemeliharaan al-Quran supaya terhindar daripada penyimpangan, sama ada dari segi sebutan atau maknanya
6
FONETIK Antara cabang fonetik ialah fonetik artikulator, fonetik akustik, fonetik motor dan fonetik auditori Fonetik artikulator: tumpuan terhadap bunyi bahasa yang melalui rongga (mulut, hidung, farinks) dan saluran udara dari paru-paru melalui kerongkong dan pita suara, terus ke mulut atau hidung. Saluran udara pada pita suara dinamakan glotis
7
FONETIK Fonetik akustik: tumpuan terhadap kesan pendengaran bunyi bahasa. Akustik merujuk sifat bunyi dari segi fizikal yang bergantung pada mekanisme laluan udara di rongga mulut dan rongga hidung, dan gelombang udara yang keluar daripada rongga berkenaan Fonetik motor: tumpuan terhadap pergerakan otot dalam menghasilkan bunyi bahasa Fonetik auditori: tumpuan pada persepsi pendengar apabila mendengar sesuatu bunyi, iaitu mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita
8
ORGAN ARTIKULASI
9
ALAT UJARAN Titik Artikulasi: alat yang tidak boleh
Artikulator: alat yang boleh digerakkan Titik Artikulasi: alat yang tidak boleh digerakkan CARA BUNYI DIHASILKAN Udara daripada paru-paru dihembuskan keluar 2. Bahagian alat ujaran digerakkan 3. Pita suara digetarkan atau tidak digetarkan
10
BUNYI BAHASA KONSONAN VOKAL Arus udara melalui rongga mulut
mengalami sekatan Arus udara melalui rongga mulut tanpa sekatan Kawasan artikulasi Cara Kedudukan lidah Bahagian lidah yang terlibat Keadaan bibir
11
BUNYI KONSONAN Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa yang melibatkan sentuhan seketika antara artikulator dengan titik artikulasi. Ketika sentuhan terjadi, udara dari paru-paru tersekat. Apabila sentuhan itu terlepas, udara akan meluncur semula melalui mulut atau hidung Bunyi oral akan terjadi apabila udara melalui rongga mulut, iaitu anak lidah dinaikkan untuk menutup laluan udara ke rongga hidung Bunyi sengau (nasal) akan terjadi apabila udara melalui rongga hidung, iaitu anak lidah diturunkan ke bawah menutup rongga mulut Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, udara dalam bahagian glotis akan menentukan sama ada bunyi tersebut bersuara atau tidak. Jika glotis bergetar, itu bunyi bersuara dan jika glotis tidak bergetar, itu bunyi tidak bersuara Semua bunyi konsonan (oral atau sengau) dapat dibahagikan berdasarkan sentuhan artikulator dan titik artikulasi
12
KONSONAN PLOSIF Bunyi ini dihasilkan apabila sentuhan udara antara artikulator dengan titik artikulasi terjadi dalam rongga mulut. Apabila sentuhan itu dilepaskan dengan cepat, udara meletup keluar Bilabial (dua bibir): Bunyi ini dihasilkan apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan - [ p, b ] [pisang], [bawang] Alveolar: Bunyi ini terhasil apabila hujung lidah menyentuh belakang gusi (alveolum) - [t, d] [tilam, daun] Velar: Bunyi ini terhasil apabila belakang lidah dinaikkan hingga menyentuh lelangit lembut (velum) - [k, g] [kesat, gugup] Uvular: Bunyi ini dihasilkan dengan menaikkan akar lidah bertemu dengan uvular (anak lidah). Bunyi yang dilambangkan [Q] ini sebenarnya bunyi qaf dalam bahasa Arab - [Q] [al-Quran] Glotal: Bunyi ini dihasilkan dengan menyempitkan saluran glotis sehingga mewujudkan getaran pada pita suara. [q] ialah hentian glotis yang sama dengan hamzah dalam bahasa Arab. Bunyi ini tiada dalam bahasa Melayu
13
KONSONAN NASAL Dalam BM, terdapat empat konsonan nasal, iaitu m, n, ny, ng (bersuara). Berasaskan tindakan artikulator dan titik artikulasi, konsonan nasal yang terlibat ialah bilabial, alveolar, palato-alveolar dan velar Bunyi nasal ini dikluarkan melalui hidung kerana udara disekat pada titik artikulasi. Konsonan alat-alveolar [ny] dihasilkan dengan mentyentuh lidah dengan lelalngit keras Bilabial: [m] – [makan], [lama], [kelam] Alveolar: [n] – [nasi], [manis], [kesan] Palato-alveolar: [ny] – [nyior], [nyanyi] Velar: [ng] – [nganga], [binatang]
14
KONSONAN FRIKATIF Bunyi ini dihasilkan apabila udara keluar melalui sisi lidah ketika terjadi sentuhan artikulator dengan titik artikulasi. Laluan udara itu disertai bunyi desisan atau geseran Dalam BM baku, terdapat dua bunyi frikatif asli, iaitu [s] dan [h]. Dengan adanya pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa Arab, bunyi frikatif BM telah bertambah Labio-dental: [f, v] – [fasal], [versi], [universiti] Alveolar: [s,z] – [sayang], [zakat] Palatal: [sy] – [syarat] Interdental: [θ] - tiada dalam BM Velar: [kh] – [khamis] Uvular: [gh] – [ghairah] Faringgal: [‘] – [Za’ba] dalam Jawi dilambangan huruf ain Glotis: [h] – [hari]
15
KONSONAN AFRIKAT Bunyi yang menggabungkan dua jenis artikulasi, iaitu artikulasi plosif dan artikulasi frikatif Berasaskan mekanisme udara, bunyi desisan dan letupan dikeluarkan serentak Tindakan artikulator dan titik artikulasi menunjukkan sentuhan daun lidah dengan lelangit keras dan hujung lidah dengan belakang gusi Palato-alveolar:[c,j] – [cari], [cacing], [jari], [penjara], [kolej]
16
KONSONAN LATERAL Bunyi ini dihasilkan dengan cara udara melalui kedua-dua bahagian sisi lidah tanpa sebarang bunyi desisan Bunyi yang kedengaran ialah bunyi seperti air yang mengalir Tindakan artikulator dan titik artikulasi ialah sentuhan hujung lidah dengan belakang gusi Dalam BM, hanya ada satu bunyi konsonan lateral bersuara, iaitu [l] Alveolar: [l] – [lari], [lalu], [halal], [lali], [lalang]…
17
KONSONAN GETARAN Bunyi ini terhasil apabila hujung lidah bertemu dengan belakang gusi digetarkan sehingga udara yang melalui sisi lidah turut bergetar Dalam BM, bunyi alveolar [r] ialah bunyi konsonan getaran bersuara yang jelas, seperti dalam kata [rantau], [marah]. Bunyi ini hadir pada posisi awal dan tengah perkataan Bunyi [r] yang hadir pada posisi akhir perkataan dinamakan konsonan tamparan. Bunyi ini dihasilkan dengan cara hujung lidah menyentuh belakang gusi seketika, dan dilepaskan tanpa getaran, seperti dalam kata [kamar], [cemar], [lamar], [ramal], [rakyat]…
18
SEPARUH VOKAL BM mempunyai dua bunyi separuh vokal, iaitu [w] dan [y]. Bunyi ini memiliki sifat separuh vokal dan separuh konsonan, dan kedua-duanya bersuara Vokal bilabial: [w] – [wajib], [kawan]. Untuk membunyikannya, belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tanpa sentuhan, dan bibir dibundarkan. Artikulasi ini sama dengan artikulasi untuk [u]. Namun, artikulasi ini tidak bertahan lama kerana lidah dengan cepat meluncur ke hadapan, dan bibir dibundarkan, kemudian dihamparkan Vokal palatal: [y] – [yakin], [payah]. Bunyi ini dihasilkan dengan permulaan artikulasi seperti artikulasi untuk vokal [i]. Artikulasi ini juga tidak bertahan lama kerana terjadi geluncuran apabila daun lidah dinaikkan dan menyentuh lelangit keras
19
BERSUARA / TIDAK BERSUARA
Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak bersuara Contohnya ialah : [ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara [ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara
20
BUNYI VOKAL Bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sentuhan artikulator dan titik artikulasi, dan tidak melibatkan sekatan laluan udara Untuk menghasilkan bunyi vokal, saluran udara pada glotis disempitkan, sehingga udara daripada paru-paru terpaksa melonjak keluar, dan menyebabkan pita suara bergetar untuk mengeluarkan bunyi bersuara Berasaskan mekanisme pembunyian, semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara
21
VOKAL KEDUDUKAN LIDAH Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan lelangit VOKAL SEMPIT Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya. Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ i, u ] VOKAL SEPARUH SEMPIT Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ e, o ]
22
VOKAL SEPARUH LUAS Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ ε, د ] [ b ε k ε ŋ ] [ د r a ŋ ] VOKAL LUAS Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]
23
BAHAGIAN LIDAH KEADAAN BIBIR
DEPAN TENGAH BELAKANG [ ә ] [ u ] sempit [ o ] separuh sempit [ د ] separuh luas [ b ] luas [ i ] sempit [ e ] separuh sempit [ ε ] separuh luas [ a ] luas KEADAAN BIBIR BUNDAR NEUTRAL HAMPAR
24
Depan Tengah Belakang i Sempit u e o Separuh sempit ә Separuh luas ε د Luas a ь CARTA VOKAL
25
DIFTONG Diftong ialah gabungan vokal dengan geluncuran Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan Jika geluncuran digambarkan sebagai w dan y, maka diftong BM ialah ay (ai), aw (au) dan oy (oi)
26
DIFTONG Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi
* aising, hairan, capai [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * aurat, saudara, kalau [ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * oidium, boikot, dodoi [ el ] age [ eldz] [ әu ] home [ hәum ] [ eә ] hair [ heә ]
28
INTONASI Unsur dalam ucapan yang dapat membantu seseorang mengekspresikan perasaannya dengan naik turun suara Intonasi yang mempunyai fungsi kebahasaan dinamakan bahasa intonasi, dan intonasi yang tidak mempunyai fungsi kebahasaan dinamakan bahasa nonintonasi Intonasi terjadi apabila berpindahnya daripada suatu bunyi kepada bunyi yang lain, daripada suatu penggalan kepada penggalan yang lain, dengan naik turun atau samanya intonasi suara dibandingkan dengan suara sebelum atau sesudahnya
29
JENIS INTONASI Jenis intonasi dapat dicatatkan seperti yang berikut:
> intonasi naik, yang digambarkan dengan ( ) > intonsdi turun, yang digambarkan dengan ( ) > intonasi naik turun, digambarkan dengan ( ) > intonasi turun naik, digambarkan dengan ( ) > intonasi biasa, yang digambarkan dengan ( )
30
FUNGSI INTONASI Fungsi semantik yang membedakan makna daripada suatu kata atau ayat. Suatu kata atau ayat yang diujarkan dengan intonasi yang berbeda akan membawa makna yang berbeda pula. Contohnya, kata astaghfirullah, jika diujarkan dengan intonasi menurun membawa maksud minta ampun daripada Allah. Jika diujarkan dengan intonasi naik, turun, naik maka bermakna mengomel Fungsi ketatabahasaan, yang membedakan bentuk ayat. Contohnya, Aminah isterinya. Apabila diujarkan dengan intonasi biasa, bermakna ayat penyata, tetapi jika diujarkan dengan intonasi naik sedikit pada kesenyapan terakhir, bermakna ayat tanya Fungsi ekspresi kejiwaan, menunjukkan sikap kejiwaan penutur. Contoh, oh, begitu rupanya. Jika diujarkan dengan intonasi biasa, bermakna perli atau tidak bersetuju. Jika diujarkan dengan intonasi naik sedikit, bermakna persetujuan
31
TRANSKRIPSI Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan satu sistem tanda graf Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics Association ( IPA ) Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk mewakili pertuturan sebenarnya Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik dan trankripsi ejaan Contoh : tulisan Saya belajar di UPM [ sayә bәlaja di yu pi εm ]
33
FONEMIK Cabang fonologi yang menitiberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan, berbanding dengan fonologi diakronik atau sejarah (fonematik) Objek kajian fonemik ialah fonem, iaitu bunyi bahasa yang membedakan makna kata
34
FONEM Unit terkecil abstrak yang membedakan makna, jika berdasarkan fungsi. Misalnya lari, cari, dari, mari, bari, hari, sari, gari, jari, kari, pari… /l/, /c/, /d/, /m/, /b/, /h/, /s/, /g/, /k/, /p/ dianggap fonem yang berbeda
35
CARA MENGENAL FONEM Satu kata dibandingkan dengan kata lain yang mirip. Jika kedua-dua kata itu berbeda makna, maka bunyi itu fonem Contoh: gula dan guli maka dan maki Perbedaan bunyi hanya pada bunyi yang keempat, iaitu [a] dan [i]. Maka [a] dan [i] ialah dua fonem yang berbeda
36
PASANGAN MINIMAL Dua butir linguistik yang hanya berbeda pada satu unit. Contoh batu dan baku, paku dan laku (pasangan bezaan). Batu dan baku, paku dan laku ialah kata yang berkontras minimal atau berpasangan minimal Untuk menentukan fonem atau bukan, perlu ditentukan pasangan minimalnya lebih dahulu. Kadang-kadang pasangan minimal tidak mempunyai jumlah bunyi yang persis sama Contoh: tuju dan tujuh ialah pasangan minimal kerana ketiadaan bunyi [h] pada kata itu mengubah maknanya. Oleh itu, bunyi [h] ialah fonem
37
IDENTITI FONEM Identiti fonem hanya terdapat pada bahasa tertentu. Bunyi [th] dalam bahasa Inggeris seperti kata top, dan bunyi [t] dalam stop merupakan bunyi fonem yang sama kerana top dan stop bukan pasangan minimal Bunyi [w] dan [r] dalam bahasa Jawa ialah dua fonem yang berbeda kerana pasangan minimal telah membuktikannya, iaitu kata lawang (pintu) dan larang (mahal)
38
IDENTITI FONEM Terdapat fonem dalam sesuatu bahasa yang mempunyai beban fungsional yang tinggi dan yang rendah. Fonem beban tinggi ialah fonem yang banyak ditemukan pasangan minimal yang mengandung fonem tersebut Dalam BM, terdapat banyak pasangan minimal yang mengkontraskan fonem /l/ dan /r/, seperti dalam kata lata: rata, lusa: rusa, lebah:rebah, lawan:rawan, bala:bara, para:pala, sangkal:sangkar, layu:rayu, layap:rayap, rema:lema, reban:leban…
39
ALOFON Bunyi realisasi daripada fonem, seperti bunyi [ph] dan [p] untuk bahasa BI pace [pheis] dan space [speis] disebut alofon fonem Identiti alofon juga berlaku pada bahasa tertentu, dengan cara membandingkan bunyi pada penyebaran saling melengkapi Penyebaran ini bersifat tetap pada lingkungan tertentu. Misalnya fonem /p/ dalam BM mempunyai alofon, iaitu yang tidak beraspirasi, seperti kata payung dan tetap, fonem /o/ dalam toko dan bodo, dan [ↄ] pada bunyi [tↄ] (tokoh), dan [bↄ] (bodoh)
40
PENYEBARAN BEBAS ALOFON
Alofon boleh digunakan tanpa persyaratan lingkungan bunyi tertentu. Misalnya, jika bunyi [o] dan [ↄ] ialah alofon daripada fonem /o/, maka kata orang boleh dilafazkan [orang] atau [ↄrang] Penyebaran bebas mempunyai kontras bunyi yang jelas merupakan dua fonem yang berbeda kerana wujud pasangan minimalnya, tetapi dalam pasangan yang lain, hanya merupakan varian bebas Contohnya, bunyi [o] dan [u] ialah dua fonem daripada pasangan kalung:kalong atau lolos:lulus. Dalam pasangan kantung:kantong, lobang:lubang hanya merupakan varian bebas
41
KLASIFIKASI FONEM Terdapat fonem penggalan {segmental) yang terdiri daripada vokal dan konsonan, dan fonem suprasegmental. Fonem penggalan ialah fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada penggalan yang bermakna. Contoh: /b/ /i/ /n/ /a/ /t/ /a/ /ng/. Fonem suprasegmental ialah fonem yang berfitur prosodi Ciri dan kriteria vokal dan konsonan ini sama dengan klasifikasi bunyi vokal dan konsonan
42
KLASIFIKASI FONEM Kita mengenal fonem /b/ sebagai konsonan plosif bilabial (dua bibir). Fonem /b/ bersuara dan /p/ tidak bersuara. Fonem /i/dikenali sebagai fonem hadapan sempit, dan fonem /u/ sebagai fonem belakang sempit. Demikianlah juga dengan konsonan dan vokal yang lain Dalam BM, intonasi berperanan pada tingkat sintaksis. Isterinya menjahit baju Tekanan pada isterinya bermakna yang menjahit baju bukan orang lain tetapi isterinya. Tekanan pada menjahit bermakna, isterinya bukan menjemur, menyidai atau mengangkat tetapi menjahit. Tekanan pada baju pula menyebabkan ayat itu menjadi ayat tanya
43
KHAZANAH FONEM khazanah fonem bermaksud banyaknya fonem yang terdapat dalam satu-satu bahasa. Setiap bahasa memiliki jumlah fonem yang tidak sama dengan bahasa yang lain Dalam BM, ada yang mengatakan bahawa jumlah fonemnya 24, iaitu 6 vokal (a, i, u, e, ә, o) dan 18 konsonan (p, t, c, k, b, d, j, g, m, ň, ŋ, n, s, h, r, l, w dan y). Ada yang tambah x dan z. Ada yang mengatakan 31, iaitu dengan menambah diftong /aw/, /ay/, dan /oy/. Ada juga yang menambah glotal stop /?/ sebagai alofon daripada fonem /k/
44
PERUBAHAN FONEM perubahan fonem bergantung pada lingkungannya, atau pada fonem lain yang berada di sekitarnya. perubahan fonem tersebut adalah seperti yang berikut: > asimilasi dan disimilasi > netralisasi dan arkifonem > umlaut, ablaut, dan keselarasan vokal > kontraksi > metatesis
45
ASIMILASI DAN DISIMILASI
Asimilasi ialah peristiwa perubahan bunyi menjadi bunyi yang lain akibat daripada bunyi yang ada di lingkungannya sehingga bunyi itu menjadi sama dengan bunyi yang mempengaruhinya Contoh: sabtu diucapkan [saptu]. Bunyi [b] berubah menjadi [p] akibat pengaruh bunyi [t]. Bunyi [b] ialah bunyi plosif bilabial (dua bibir) bersuara, sedangkan [t] bunyi plosif alveolar tidak bersuara Perubahan ini dianggap sebagai asimilasi fonemis kerana dalam penyebaran dapat dibuktikan bahawa bunyi [b] dan [p] ialah dua fonem yang berbeda Jika perubahan itu tidak menyebabkan perubahan identiti sebuah fonem, maka perubahan itu dianggap seagai asimilasi fonetis
46
ASIMILASI DAN DISIMILASI
Asimilasi dilihat daripada tiga matra, iaitu progresif, regresif dan resiprokal Asimilasi progresif: bunyi yang diubah terletak di belakang bunyi yang mempengaruhinya. Misalnya bahasa Jerman: bentuk mit der frae (dengan isterinya) diucapkan [mit ter fra]. Bunyi [d] pada der berubah menjadi [t] akibat pengaruh bunyi [t] pada kata mit yang ada di hadapannya Asimilasi regresif: bunyi yang diubah itu terletak di muka. Bunyi [p] menjadi [b] pada frasa bahasa Belanda op de weg (di jalan), iaitu [ob de weg] Asimilasi resiprokal: perubahan terjadi pada kedua-dua bunyi yang saling mempengaruhi, hingga menjadi fonem atau bunyi yang lain. Misalnya bahasa Batak Toba: jonjong (berdiri) dan hamu (kamu). Bunyi [η] pada kata jonjong dan bunyi [h] pada kata hamu menjadi bunyi [k], sehingga kontruksi jonjong hamu diucapkan [jonjok kamu]. Bunyi [η], [h] dan [k] merupakan fonem yang berbeda
47
DISIMILASI Proses atau hasil dua bunyi yang berubah menjadi tidak sama akibat pengaruh satu bunyi terhadap bunyi yang lain. Perubahannya menyebabkan dua fonem yang sama menjadi fonem yang berbeda. Kata cipta dan cinta berasal daripada bahasa Sanskrit. Bunyi [tt] pada kata citta berubah menjadi [pt] pada kata cipta dan menjadi [nt] pada kata cinta. Kata arbor (bahasa Latin: pokok) menjadi arbol (bahasa Sepanyol). Kata epta (bahasa Greek kuno: tujuh) menjadi efta (bahasa Greek moden
48
NETRALISASI DAN ARKIFONEM
Fonem berfungsi untuk membedakan makna. Bunyi [t] dan [d] ialah dua fonem yang berbeda kerana terbukti daripada pasangan minimal seperti dari dan tari atau pandang dan pantang Dalam konteks abad dan abat, kedua-dua bunyi itu tidak membedakan makna. Fungsi pembeda makna tidak terjadi pada kata tersebut Bunyi [d] pada kata abad, yang biasa wujud sebagai bunyi [t] atau [d] dalam kajian linguistik dinamakan arkifonem. Biasanya dilambangkan dengan /D/ berasaskan bentuk aslinya [d] bukan [t]. Sama seperti kata [jawab] atau [jawap]. Akrifonemnya /B/ yang bentuk wujudnyta mungkin /b/ atau /p/
49
UMLAUT Umlaut (bahasa Jerman), bermakna perubahan vokal menjadi lebih tinggi kerana diikuti oleh vokal yang tinggi Vokal /a/ pada kata handje (bahasa Belanda) lebih tinggi kualitinya berbanding dengan bunyi [a]. Penyebabnya ialah bunyi [j] lebih tinggi daripada bunyi {a}. Peninggian ini hanya bersifat alofonis Perubahan bunyi hand (tangan) menjadi behendiq (cekatan, terampil) menunjukkan bahawa bunyi [a] pada hand diubah menjadi [e] akibat pengaruh bunyi [i] pada akhiran kata hand tersebut
50
ABLAUT Perubahan vokal ablaut ini banyak ditemukan dalam bahasa Indo Jerman yang menunjukkan pelbagai fungsi nahuan Dalam bahasa Jerman, vokal /a/ menjadi /à/ untuk mengubah bentuk tunggal menjadi bentuk jamak. Misalnya kata haus (rumah) menjadi hauser (rumah-rumah) Dalam bahasa Inggeris, sing menjadi sang dan sung atau dalam bahasa Belanda duiken (terjun) menjadi dook dan gedoken Perubahan umlaut terbatas pada peninggian vokal kerana pengaruh bunyi berikutnya. Ablaut bukan kerana pengaruh bunyi, dan tidak terbatas pada peninggian bunyi, tetapi juga dipengaruhi oleh pemanjangan, pemendekan atau penghilangan vokal
51
KESELARASAN VOKAL Bentuk ini banyak terdapat dalam bahasa Turki. Kata at (kuda) bentuk jamaknya atlar (kuda-kuda), kamar bentuk jamaknya adalar (kamar-kamar), dan kata ev (rumah) bentuk jamaknya evler (rumah-rumah) Bunyi [a] pada bentuk tunggal menyebabkan bentuk jamaknya juga berbunyi [a]. Bunyi [e] pada bentuk tunggal juga menyebabkan bentuk jamaknya [e] Dalam bahasa Turki, keselarasan vokal terjadi dari kiri ke kanan Dalam bahasa Jawa, keselarasan volal terjadi dari kanan ke kiri. Vokal /o/ menjadi /a/ apabila menerima akhiran e atau ne. Contoh: kata dawa diucapkan [dↄwↄ] (panjang) menjadi dawane [dawane] (panjangnya), lara [lↄrↄ] (sakit) menjadi larane [larane]
52
KONTRAKSI Bentuk penyingkatan daripada ujaran yang panjang menjadi pendek. Kata tidak ada menjadi tiada, hendak menjadi nak, baru saja menjadi barusan, shall not menjadi shan’t, will not menjadi won’t, are not menjadi aren’t, it is menjadi it’s
53
METATESIS Perubahan urutan fonem dalam sesuatu kata. Bentuk asli dan bentuk perubahannya sama-sama terdapat dalam kata tersebut, dan tampak sebagai variasi Kita temukan bentuk sapu, apus dan usap; berantas, banteras; jalur, lajur; kolar, koral…
54
EPENTESIS Sebuah fonem tertentu, biasanya fonem yang homorgan dengan lingkungannya disisipkan dalam sebuah kata. Kata sampi: sapi; kampak: kapak; jumblah: jumlah Kata sampi: sapi; kampak: kapak; ada bunyi [m] yang disisipkan di tengah kata Pada kata jumblah: jumlah, ada bunyi [b] yang disisipkan di tengah kata
55
GRAFEM Fonem dianggap sebagai konsep mujarad yang dalam ujaran direalisasikan oleh sebuah alofon atau yang sesuai dengan lingkungan tempat wujudnya fonem tersebut. Alofon itu dapat dilambangkan dalam bentuk tulisan atau trankripsi fonetik Dalam transkripsi fonetik ini, setiap alofon itu, termasuk unsur suprasegmental dapat digambarkan secara tepat tanpa keraguan Dalam transkripsi fonemik, penggabungan bunyi kurang teliti kerana alofon yang bunyinya jelas tidak sama, dilambangkan dengan lambang yang sama. Yang dilambangkan ialah fonemnya bukan alofonnya Antara transkripsi yang paling tidak teliti ialah transkripsi ortografis, iaitu penulisan fonem sesuatu bahasa menurut sistem ejaan yang dibakukan dalam bahasa itu Grafem ialah unit minimum yang distingtif dalam sistem tulisan sesuatu bahasa
56
GRAFEM Fonem alofon grafem contoh /i/ [i] i ikut, nilam [I] iltizam, batik /u/ [u] u ukur, pasu [u] untuk, bukti /e/ [e] e sate, jahe [e] jolek, monyet /ә/ [ә] kerpai, ceramah /o/ [o] o soto, bakso [ↄ] topi, bodoh /a/ [a] a akua, imbas
57
Fonem alofon grafem contoh /ay/ [ay] ai hairan, andai /aw/ [aw] au panau, aulia /oy/ [oy] oi amoi, sekoi /y/ [y] y yahum, sayu /w/ [w] w wayang, kahwin /p/ [p] p payung, tekap /b/ [p] b sebab, jawab [b] bukan, sabut /f/ [f] f foto, sifir v vanila, veda
58
Fonem alofon grafem contoh
/m/ [m] m makan, laman /t/ [t] t tayang, ketat /c/ [c] c cahaya, kecut /j/ [j] j jarum, kejam /s/ [s] s sasar, kertas /z/ [z] z zabur, zuriat /r/ [r] r rumah, spirit /n/ [n] n nipah, kena /f/ [f] sy syok, isyarat /ň/ [ň] ny nyanyi, banyak
59
fonem alofon grafem contoh
/k/ [k] k kantan, bukan [?] kakak, rakyat /g/ [g] g ganas, kagum /x/ [x] kh khamis, akhir /η/ [η] ng nganga, angin /h/ [h] h harum, pahit /l/ [l] l layang, buntal
60
KESIMPULAN Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang tidak boleh digerak-gerakkan Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan artikulasi Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan
61
KESIMPULAN Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan Fonem ialah unit terkecil mujarad yang membedakan makna Alofon ialah bunyi realisasi daripada fonem Perubahan fonem bergantung pada lingkungannya, dan terjadi secara asimilasi dan disimilasi, netralisasi dan arkifonem, umlaut, ablaut dan keselarasan vokal, kontraksi dan metatesis
62
MADAH PUJANGGA KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI SWEDISH SUNSET (PEMANDANGAN INDAH LEMBAYUNG SENJA), ADA UNTUK KITA SEMUA. NAMUN, KEBANYAKAN KITA, MELIHATNYA DARI SISI YANG LAIN, SEHINGGA KEHILANGAN KEBAHAGIAAN ITU Wahai anakanda tambatan hati hiduplah engkau kasih mengasihi silang sengketa engkau jauhi supaya hidupmu diberkati Ilahi
Παρόμοιες παρουσιάσεις
© 2024 SlidePlayer.gr Inc.
All rights reserved.