Κατέβασμα παρουσίασης
Η παρουσίαση φορτώνεται. Παρακαλείστε να περιμένετε
1
PRINSIP ASAS PEARUH (INDUCTOR)
UNIT 5 PRINSIP ASAS PEARUH (INDUCTOR) OBJEKTIF AM Memahami prinsip-prinsip asas pearuh dalam litar elektrik.
2
OBJEKTIF KHUSUS (PEARUH)
Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan pearuh beserta dengan unitnya. Menerangkan daya gerak elektrik teraruh hasil daripada pemotongan fluk. Menjelaskan penyusunan pearuh dalam litar siri dan selari. Memberikan contoh-contoh kesan pearuh dalam litar dan alat elektrik.
3
PEARUH Penambahan arus di dalam pengalir akan mewujudkan medan magnet berubah-ubah yang akan menghasilkan voltan di dalam pengalir. Voltan yang terhasil ini akan menentang voltan bekalan dan juga arusnya. Litar elektrik yang mempunyai sifat-sifat menentang perubahan arus dipanggil kearuhan. Komponen elektronik yang mempunyai ciri-ciri ini dipanggil pearuh. Kadang-kala pearuh juga dipanggil gegelung atau pencekik. Pearuh dibuat dengan melilitkan gelung pengalir dalam bentuk gegelung. Terdapat dua jenis pearuh yang selalu digunakan dalam litar elektronik iaitu pearuh jenis tetap dan pearuh jenis bolehubah.
4
UNIT KEARUHAN Unit bagi kearuhan adalah Henry.
1 Henry menunjukkan jumlah kearuhan yang dipunyai oleh belitan jika arusnya berubah pada kadar 1 ampere saat dan menghasilkan voltan teraruh sebanyak 1 volt.
5
Input 1 Henry (H) = 1000000 atau 106 mikroHenry (μH)
1 miliHenry (mH) = 1000 atau 103 mikroHenry (μH) 1 miliHenry (mH) = atau 10-3 Henry (H) 1 mikroHenry (H)= atau 10-6 Henry (H) 1 mikroHenry (H)= atau 10-3 miliHenry (mh)
6
Aruhan diri (L) Aruhan saling (M) Aruhan
Satu keadaan yang menentang sebarang perubahan arus yang melaluinya. Terdapat dua jenis aruhan iaitu: Aruhan diri (L) Aruhan saling (M)
7
Aruhan Diri (L) d.g.e I V Apabila arus mengalir dialirkan di dalam satu gegelung (Rajah 5.1) dan mengalami perubahan maka urat daya yang dihasilkan di dalam gegelung tersebut turut berubah. Perubahan ini akan menghasilkan d.g.e. dalam geglung tersebut. D.g.e. ini mempunyai arah yang berlawanan dengan arah voltan bekalan. Sifat gelung seperti ini dinamakan sebagai aruhan diri dan gelung ini dikenali sebagai pearuh. Rajah 5.1: Gambar Rajah Aruhan Diri Unitnya : Henry (H) Simbolnya : L
8
Aruhan Saling (M) Arus ulang-alik dialirkan dalam satu gelung (gelung A) dan urat daya yang dihasilkan bertaut dengan gelung yang lain (gelung B) yang diletakkan berhampiran dengannya hingga menghasilkan daya gerak elektrik dalam gelung yang kedua tersebut, maka sifat-sifat ini dikenali sebagai aruhan saling. Contoh aruhan saling ialah pengubah. 1 Henry aruhan saling adalah merupakan perubahan arus 1 ampere sesaat di dalam satu gegelung dan mengaruhkan voltan sebanyak 1 volt di dalam gegelung yang lain. I fluks, A N N2 B d.g.e ke beban Rajah 5.2: Gambar Rajah Aruhan Saling Unitnya : Henry (H) Simbolnya : M M
9
Aruhan Saling juga boleh ditakrifkan sebagai kebolehan sesuatu gelung (atau litar) untuk menghasilkan satu d.g.e. di dalam sebuah gelung (litar) berhampiran melalui aruhan apabila arus dalam gelung pertama berubah.
10
Pembuktian Formula Aruhan Diri, L
Arah d.g.e. sentiasa berlawanan dengan arah arus elektrik maka: D.G.E. terjana disebabkan oleh perubahan urat daya, (5.1) D.G.E. terjana disebabkan oleh perubahan arus, (5.2)
11
Menggunakan Hukum Faraday;
Aruhan diri, di mana : L = aruhan diri N = bilangan lilitan gegelung perubahan fluks berangkai kadar perubahan arus
12
Tenaga Di Dalam Pearuh Untuk mencari tenaga yang disimpan di dalam pearuh: Unit bagi tenaga : Joule (J) aktiviti
13
AKTIVITI Berikan definisi bagi pearuh, kearuhan dan aruhan.
Dengan bantuan gambar rajah, terangkan prinsip aruhan diri. Nyatakan perbezaan di antara aruhan diri dan aruhan saling. Nyatakan jenis-jenis aruhan yang berlaku di dalam litar kearuhan.
14
JAWAPAN 1 Pearuh – Komponen elektronik yang mempunyai sifat menentang perubahan arus. Kearuhan – Litar elektrik yang mempunyai sifat menentang perubahan arus. Aruhan – Sifat yang menentang perubahan arus.
15
JAWAPAN 2 Aruhan Diri (L) d.g.e Gambar rajah aruhan diri
Apabila arus mengalir dialirkan di dalam satu gegelung (Rajah 5.1) dan mengalami perubahan maka urat daya yang dihasilkan di dalam gegelung tersebut turut berubah. Perubahan ini akan menghasilkan d.g.e. dalam geglung tersebut. D.g.e. ini mempunyai arah yang berlawanan dengan arah voltan bekalan. Sifat gelung seperti ini dinamakan sebagai aruhan diri dan gelung ini dikenali sebagai pearuh.
16
JAWAPAN 3 Perbezaan yang ketara antara aruhan diri dan aruhan saling ialah aruhan diri melibatkan satu gelung dan aruhan saling pula adalah melibatkan dua gelung.
17
JAWAPAN 4 Terdapat dua jenis aruhan yang berlaku dalam litar pearuh iaitu aruhan diri dan aruhan saling.
18
PENYUSUNAN PEARUH DALAM LITAR SESIRI DAN SELARI
L1 L L L4 A B Rajah 5.1 : Susunan Pearuh Dalam Litar Sesiri Kearuhan jumlah bagi litar sesiri (Rajah 5.1) adalah hasil tambah kepada semua nilai kearuhan dalam litar tersebut seperti yang ditunjukkan dalam persamaan (5.5) di bawah. …………..(5.5)
19
Litar Selari A L1 L2 L3 B Rajah 5.2
Kearuhan jumlah bagi litar selari (Rajah 5.2) boleh dikira menggunakan persamaan (5.6) di bawah. ……………(5.6)
20
CONTOH SOALAN BERKAITAN
Berapakah jumlah kearuhan bagi tiga (3) buah gegelung masing-masing dengan nilai 0.02H, 44mH, 400H jika ia disambung secara : Sesiri Selari Penyelesaian : L1 = 0.02H L2 = 44mH = 44 x 10-3 = 0.044H L3 = 400H = 400 x 10-6 = H Perhatian!!! Pastikan semua nilai kearuhan ditukar kepada unit yang sama terlebih dahulu sebelum pengiraan dilakukan. a) kearuhan jumlah, (kerana sesiri) LJ = = H b) kearuhan jumlah, = = 389 X 10-6 = 389H =
21
Kesan Pearuh Dalam Litar Dan Alat Elektrik
Pearuh yang dipasangkan di dalam litar elektrik mempunyai beberapa kegunaan antaranya; a) Untuk melicinkan riak-riak gelombang dalam litar arus terus. b) Untuk memperbaiki ciri-ciri pemancaran gelombang dalam talian telefon
22
Regangan Berkearuhan, Dalam litar arus ulang-alik arus sentiasa berubah-ubah secara berterusan yang seterusnya mengaruhkan d.g.e. balikan secara berterusan. D.g.e. ini akan menentang arus secara berterusan juga. Penentangan terhadap aliran arus oleh kearuhan inilah yang dipanggil regangan berkearuhan. Ia disimbolkan sebagai XL dan unitnya Ohm (Ω). Nilai regangan berkearuhan dalam sesuatu litar bergantung kepada kearuhan litar itu dalam kadar perubahan arus litar itu. Kadar perubahan arus bergantung kepada frekuensi voltan bekalan. Secara matematik, regangan berkearuhan boleh dikira daripada formula persamaan (5.7).
23
Regangan Berkearuhan dimana : XL = Regangan Berkearuhan (Ω)
……………………(5.7) dimana : XL = Regangan Berkearuhan (Ω) f = Frekuensi (Hz) L = Pearuh / kearuhan (Henry)
24
Contoh 5.2 Satu gegelung mempunyai kearuhan 0.2H dan disambungkan dalam litar AU 200V, 50Hz. Kirakan regangan berkearuhan dalam litar tersebut. Penyelesaian : = 62.8 .
Παρόμοιες παρουσιάσεις
© 2024 SlidePlayer.gr Inc.
All rights reserved.